Matu dan Daro

Matu dan Daro
Peta dan lain2

About Me

My photo
Blog hasil sumbangan dan idea semua member2 fb Syafaat Daro, Staf S.K Pangtray, Abdul Razak Judin, Aru Wan, Encik Reza, Rofiza Mushairi, Fatimah Ani, Genks Jawak, Nek Usu Ayang,Ji Zull, Lurve Papa Chayunkz Kow, Azieah Mahdi, Soo Jee, SaiKo Sai, Orish Nemo, Nalza Nalz, Foo Eightt, Hajijah Dikoh, Canai Dao-eh, Encik Pocong dan lain2 yg belum sempat nak isikan namanya di sini.

Followers

Wednesday 25 January 2012

Sejarah Daro , Matu dan kampung di kawasan Matu Daro

Setaket eh. radan Daro mak udah nuan. Nyabik tulong melo pinyang samah keman an asel radan kampung melo. Adak mey ubang eh telo pinyang. nah miyau mak sejarah dun.

SEJARAH RADAN DARO 
Mengikut org tua2. Daro pada asalnya bernama "Daruk" yang membawa maksud Lumpur. Bila tertubuhnya Daro. Tak pasti. dan cerita2 lain ttg Daro. InsyaAllah akan di cari. Jom sama2 kita mencungkil sejarah tpt kita sendiri. Sebelum hilang lenyap.

18.05.2011

Cerita 1

Mengikut cerita org tua2
Penah satu masa dahulu pada tahun 1511 org berunai datang beramai2 ke Daro. Mungkin pada masa itu tertubuhnya Daro. Belum pasti kesahihannya.  (Kan dulu Sarawak adalah jajahan Berunai sebelum diserahkan pada James Brook) Bila Sarawak di serah pada Orang Putih. Jadi mereka datang ke Daro dan bertanyakan nama tempat. Org tempatan menyatakan tempat ini bernama Daruk. Oleh kerana Pemerintah Inggeris. jadi ditulisnya Daro. al maklum. Pelat org putih ni lain sikit.  Jadi sampai sekarang Tempat kita dinamakan Daro.

19.05.2011

Cerita 2

Thanks Soo Jee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.

Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.

Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.

Dua cerita berbeza ttg sajarah nama Daro. Kita perlu kaji yg manakah yg betul.


Cerita 3

rujuk dalam blog di bawah.


1 April 1974 ialah hari bersejarah bagi setiap penduduk Daerah Daro dan pada hari itulah Daro tercatat menjadi sebuah daerah penuh di bawah tadbiran Bahagian Sarikei. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang ke-3 ( Tun Abdul Rahman Yakub).

Ramai di antara generasi masa kini, terutama sekali orang luar tertanya-tanya mengenai asal usul Daro. Memandangkan daripada kemajuan Daerah Daro kini dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunannya yang begitu pesat sekali maka tidak hairanlah kalau ramai yang ingin tahu mengenai Daro.

Buat menjelaskan kesangsian orang ramai terhadap daerah ini, maka disini saya (penulis) cuba ceritakan sedikit sebanyak kisah Daro, mengikut kadar sejauh mana yang diketahui berpandukan temuramah dengan orang yang terdahulu.

Menurut sumber daripada cerita mulut orang tua-tua bahawa nama Daro ini adalah bersempena daripada sebuah danau yang ditemui oleh pemburu di zaman dahulu.

Mengikut dialek bangsa Melanau bahawa perkataan danau itu bermaksud daru’. Terjemahan daripada perkataan danau mengisahkan nama tempat ini dipanggil Daru’. Jadi orang dahulu menyebut DARU’ sebagai nama asal tempat ini, bukan Daro.

Tidak jauh dari hulu sungai Daro terdapat suatu kawasan tanah lapang dan di situ lah lokasi sebuah danau yang mewujudkan nama Daro.Dan Danau itu berbentuk luas serta dalam.Air yang bertakung di dalamnya sangat jernih.

Kisah seterusnya apabila air di dalam danau itu tadi melimpah penuh dan didapati airnya meleleh keluar serta menghala ke arah yang tertentu.Si pemburu siapa yang menemui danau itu tadi telah memerhati ke mana arah air itu berlelehan dan terus disusulinya hinggalah sampai ke sebatang sungai,iaitu sungai Daro sekarang.Alusan air daripada danau yang menghala ke sungai Daro itu kini di panggil Parit Tebu.

Dan cerita nama Daro belum pasti lagi.Adalah satu-satunya sebab terbentuk nama satu-satu tempat yang termaktub itu timbul daripada peristiwa yang berlaku di kawasan setempat.Contohnya perkataan Daru jadi Daro,ada kisah nya sendiri.

Maka tersebutlah satu cerita bagaimana nama Daro boleh muncul dan sekarang terkenal sebagai Daerah Daro.Suatu masa dahulu,Daro bermula dengan sebuah kampung yang kecil.Mereka mula-mula tinggal di satu kawasan yang bernama Tanjung Tigah,iaitu di zaman kesultanan Brunei yang diketuai oleh seorang yang temasyhur bergelar Panglima Laun bin Ajak.Beliau adalah pemimpin Daro yang pertama.(Di hujung sebelah hulu Tanjung Tigah sehinga hari ini masih terdapat serumpun Pokok Nipah(apong) yang berlainan daripada daun pokok nipah biasa.Daun-daunnya yang lurus ke atas hampir sama dengan daun pokok mulong. Tanjung Tigah adalah sempena dengan nipah yang berdaun lurus(Tigah),selain daripada bentuk sungai di situ lurus sepanjang kira-kira lebih kurang dua kilometer).

Setelah beberapa lama mereka tinggal di Tanjung Tigah dimana kawasan ini mudah sangat dikesan oleh musuh,kemudian lalu mereka berpindah jauh lagi ke hulu sungai Daro, ke satu kawasan yang mereka anggap lebih selamat, tempat itu sekarang di kenali dengan nama sungei Pangei.

Dilokasi Sungei Pangei ini mereka terpaksa membina rumah-rumah berbentuk seperti rumah panjang serta lebih tinggi sedikit.Tiap-tiap sebuah rumah menggunakan Tangga sebatang kayu,kononnya dengan Tangga seperti ini mudah bagi mereka menentang musuh jika diserang.

Zaman dahulu selalu berlaku musuh-memusuh di antara satu tempat dengan yang lain.Seperti yang dijangka selepas beberapa musim mereka tinggal di sungei pangei datanglah sekumpulan musuh menyerang mereka.Mujurlah dalam peristiwa tersebut mereka telah berjaya menewas musuh dengan mudah.Di sungei pangei ada kisah tersendiri nama dan musuhnya.Ketika keadaan telah aman sedikit ketua mereka telah pun uzur dan tiada lagi pemimpin yang layak boleh diharapkan.Keluarga demi keluarga telah berpindah ketempat lain dari sungei pangei.
Zaman kesultanan Brunei telah berlalu,sebahagian dari negeri Sarawak,di bawah pemerintahan kelurga Brooke.Permusuhan di sana sini telah berkurangan,ada di antara keluarga asal Daerah Daro telah berpecah serta berhijrah di sepanjang sungei Daro hingga ke Tian.Dan ada juga kesekitar kawasan Daro,Seperti kampung Pantrey,kg Tengah,Lemang Pek,ke hilir kg.Nangar ke seberang Kut dan Saei.Ke hulu kg.Teba’ang,Buko dan Kelian.

Ada juga yang tinggal di Sungei Pangei telah berpindah ke hilir Kuala Daro dengan membuka perkampungan baru yang di ketuai Gamong bin Masaleh,beliaulah Tua kg yang kedua selepas Laun.Ramai juga yang datang dari persisiran Daro mendiri rumah di kawasan baru itu dan ada juga dari sebelah Segalang.Kawasan perkampungan baru ini telah di panggil dengan nama”kampong Baru”.Kampung ini lah kampung yang pertama sekali dihuni oleh penduduk Daerah Daro dan ianya masih sebagai Kampung Baru hingga ke hari ini,walaupun usianya mungkin menjangkau lebih ke-abad yang lalu.

Pertengahan abad ke-18 di zaman keluarga Rajah Brooke banyak perubahan telah berlaku.Ada di antaranya satu peristiwa bagaimana perkataan DARU’ menjadi DARO.Ikutilah serangkap syair ini membayangkan;

Daripada danau nama bermula,
Nama Daru’ di ubah eja;
Kepada Daro bertukar kata,
Muncul kisahnya dalam peristiwa.


SEJARAH NGADAN MATO

ASAL-USUL NAMA MATU
Nama “Matu” sebenarnya sebutan Melayu. Dalam dialek tempatan, “Matu” disebut sebagai Matau atau Mato. Nama Matu atau Matau diangkat daripada satu perkataan Melanau khususnya Melanau Matu yang merujuk kepada nama sebuah pokok yang terdapat di Matu. Pokok ini mempunyai banyak bunga tetapi tidak mengeluarkan buah dan dikenali sebagai pokok Matau. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak dipenuhi oleh pokok Matau sekaligus menyebabkan kawasan ini dikenali sebagai Matau atau Matu. Nama Matu juga dikatakan diambil bersempena dengan nama sebuah sungai iaitu Sungai Mato yang bertempat di kampung Sok.



Sejarah Pentadbiran


Matu telah diisytiharkan sebagai Daerah penuh (ke 28) pada 5 Mei 1991 di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Sebelum itu, Matu merupakan Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Daro. 

Setelah Mukah diisytiharkan menjadi sebuah Bahagian pada 1 Mac 2002, pentadbiran Daerah Matu telah dipindahkan ke Pentadbiran Bahagian Mukah bersama-sama dengan Daerah Mukah, Daerah Dalat dan Daerah Daro. 


Daerah Matu mempunyai kawasan seluas 667.28 km. persegi yang meliputi Daerah Kecil Igan, iaitu satu-satunya Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Matu. Kawasan pentadbiran Daerah Matu meliputi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang sekitar Pekan Matu, Igan sehinggalah ke kawasan  Bungan, Sawai, Batang Lassa dan Sungai Passin, yang dahulunya di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.

Utk maklumat terperinci deng ngah laman wep eh (http://www.matudo.sarawak.gov.my/latarbelakang%20daerah.html)

SEJARAH KAMPUNG JEMORENG MATU

Menurut cerita sejarah, Kampung Jemoreng pada suatu ketika dahulu terletak di tebing Sungai Jemoreng di seberang kampung yang ada sekarang. Sejak dari dahulu sudah terdapat dua buah perkampungan kaum Melanau di sini dikenali dengan nama Jemoreng dan Sok. Pada zaman itu kaum Melanau masih berumah panjang seperti kaum bumiputera yang lain. Asal kampung Jemoreng merupakan sebuah rumah panjang kaum Melanau yang dibina dengan tiang yang tinggi, bertujuan untuk menggelakkan daripada serangan musuh.
Pada masa itu ketua kaum Melanau ialah seorang perempuan bernama Sergunim yang sangat berpengaruh di kalangan penduduk di situ. Namun adik lelaki Sergunim berkeinginan menjadi ketua sehingga berlaku perebutan kuasa antara kedua adik-beradik itu. Akibatnya,    Sergunim dibunuh oleh orang-orang adiknya sendiri.
Hingga ke hari ini kubur Sergunim masih lagi dapat dikunjungi. Kuburnya terletak tidak jauh dari tebing Sungai Jemoreng. Terdapat peninggalan bekas tiang rumah Kaum Melanau pada masa dahulu yang dikenali sebagai “Tiang Benitih” (berukir). Tidak jauh dari situ juga terletak sebuah telaga lama tetapi masih berisi air. Telaga tersebut dinamakan Telaga Penawar oleh penduduk-penduduk Kampung Jemoreng kerana penduduk percaya airnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kepercayaan itu diceritakan oleh Haji Junid Hamid yang juga Ketua Kampung Jemoreng Hilir. 


SEJARAH RADAN KAMPUNG TIAN MATU

Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu.  Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu  ke Daro dan ke Matu.
Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu.  Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan.
Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai,  Tian mendapat nama  dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. .  Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung  kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai  penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.


SEJARAH RADAN KAMPUNG BETANAK DARO

Mengikut cerita orang-orang dahulu, Kampung Betanak telah dibuka oleh beberapa orang petani yang tinggal di kawasan sawah padi berhampiran dengan kawasan sungai. Menyedari mereka perlu mempunyai kediaman tetap, maka petani-petani ini pun berpindah ke tempat lain yang tidak jauh dari kawasan sawah lalu membuka penempatan baru yang diberi nama Betanak. Pada dasarnya, penduduk-penduduk kampung kurang mengetahui asal sebenar nama Kampung Betanak. Bagaimanapun, Betanak dikatakan berasal dari perkataan ‘tanak’ yang membawa maksud kawasan tanah. Lokasi kampung ini menghadap Laut China Selatan manakala pekan yang terdekat dengannya ialah Daro iaitu kira-kira 60 kilometer. Mengikut catatan Pusat Kesihatan Kampung Betanak, penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah lebih 2,000 orang. Seperti Kampung Jamoreng, Kampung Sekaan, Betanak juga mula menerima sedikit demi sedikit pembangunan walaupun ia hanya sebuah perkampungan nelayan.

3 comments: