Matu dan Daro

Matu dan Daro
Peta dan lain2

About Me

My Photo
Blog hasil sumbangan dan idea semua member2 fb Syafaat Daro, Staf S.K Pangtray, Abdul Razak Judin, Aru Wan, Encik Reza, Rofiza Mushairi, Fatimah Ani, Genks Jawak, Nek Usu Ayang,Ji Zull, Lurve Papa Chayunkz Kow, Azieah Mahdi, Soo Jee, SaiKo Sai, Orish Nemo, Nalza Nalz, Foo Eightt, Hajijah Dikoh, Canai Dao-eh, Encik Pocong dan lain2 yg belum sempat nak isikan namanya di sini.

Followers

Friday, 1 July 2011

Sejarah tentang perkataan Melanau / Sejarah Penempatan Masyarakat Melanau



Pada zaman pemerintahan Kesultanan Brunei , semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi 'Melanau'.
'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.
Kiranya saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang 'Melanau', janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang 'Melanau' kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita.
Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.

BAHASA

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.
Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.

1. Kawasan Rajang:
- Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan Mukah:
- Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan Balingian-Tatau:
- Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan Bintulu
- Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam "Sarawak Gazzette" 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau. Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi sebuta / y /, / z /, dan / q /.

Dalam kertas kerjanya bertajuk "Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal" yang dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti adat resam.



Hasil sumbangan Cikgu Dari S.K Kampung Igan Matu

SEJARAH PENEMPATAN MASYARAKAT MELANAU
1365
Puisi Jawa Kuno, Nagarakertagama yang ditulis oleh Prapanca semasa zaman kegemilangan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa (Di bawah pemerintahan Hayam Wuruk) menyebut Malano (Dikenal pasti sebagai Kerajaan Melanau oleh ahli Sejarah) dan berberapa wilayah di Borneo termasuk Brunei sebagai sebahagian daripada pembayar ufti dan dibawah jajah taklukannya.

1375
Malano ditanda di kawasan penempatan Melanau di atas Catalan Atlas dan juga pada Peta Orang Portugis, dalam English Charts tempat yang sama juga ditanda sebagai Malao.

[Sumber: Google Books; The Brunei Museum Journal, Vol 6, Issue 2]

Akhir Abad Ke14
Pengaruh kerajaan Majapahit mula merosot ke atas wilayah kuasaannya di Borneo. Brunei, dibawah pemerintahan Awang Alak Betatar (Kemudian di kenali Sebagai Sultan Muhammad Shah – Sultan pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei) mengambil peluang untuk mengembangkan wilayahnya. Bermula dengan wilayah Tutong

Wilayah Tutong ketika itu ditadbir oleh Mawanga, dibawah kuasa & dijajahan pemimpin Melanau yang berpusat di Igan iaitu Basiung (ipar kepada Tugau).

Saling cabar mencabar, akhirnya Awang Alak Betatar mengarahkan menteri-menterinya (Awg Semaun, Awg Jeramabak & Pateh Damang Sari) menyerang kedudukan Basiung di Igan.

Basiung & Tugau dengan bantuan Sambas, Matu, Sadong dan Sarikei tidak dapat menandingi jumlah tentera dari Brunei yang mendapat sokongan daripada Kaum Dayak yang mengambil kesempatan menjalankan tradisi ngayau (memenggal kepala) orang Melanau.

[ada versi yang mengatakan bahawa pertempuran berlarutan selama 9 bulan lamanya]

Dengan tewasnya Basiung & Tugau, Brunei terus menguasai Wilayah Tutong (sekitar Sg Tutong, Brunei sekarang) hingga ke Rajang termasuk semua wilayah yang sebelum ini dibawah penguasaan Melanau.

[sumber The First Brunei Conquests on Sarawak Coast, disesuaikan untuk kronologi]

[Nota: Ada versi lain mengatakan bahawa sekitar 1300, sebahagian Borneo adalah dibawah jajahan kesultanan Johor-Temasik. Penguasaan kesultanan Brunei ke atas Sarawak (termasuk kawasan penempatan Melanau) bermula bila kerajaan Johor-Temasik menghadiahkan wilayah ini kepada Awang Alak Betatar setelah baginda mengahwini Puteri kepada Sultan kerajaan tersebut, Puteri Dayang Pingai pada tahun 1368]

1595
Sebuah peta di Florence, Italy turut menjadi antara bukti catatan terawal penempatan Melanau. Kawasan persisiran Barat-Laut Sarawak (kini Oya, Mukah & Balingian) ditandakan sebagai Malano.

[Sumber: The Star Online 19 Oct 2005]

1790an
Pembinaan Terusan Kut (juga dikenali sebagai Sungai Kut) oleh Jilag dan pengikutnya. Pertelingkahan dengan pembesar di Oya yang menguasai Kuala Sungai Batang Oya memaksa Jilag mencari alternative lain untuk ke laut. Terusan dibina untuk menghubungkan Sungai Batang Oya ke laut melalui Sungai Batang Igan.

Kemudiannya terusan ini menjadi di antara faktor menyumbang pembangunan di kawasan pertengahan Sungai Batang Oya (ie Dalat). Sehingga ke hari ini terusan berkenaan masih dijadikan di antara laluan air utama untuk hubungan penduduk sepanjang sungai Batang oya dan Bandar Sibu.

Pertengahan abad 19
Mukah merupakan di antara pelabuhan perdanganan dan pusat perdagangan penting untuk kerajaan Kesulatanan Brunei. Dikatakan Mukah mempunyai hubungan perdangangan secara langsung dengan Singapura (Temasek), China dan kawasan kawasan berhampiran.

1810
Sharif Masahor dilahirkan di Brunei

1849
Sharif Masahor dilantik oleh kerajaan Kesultanan Brunei sebagai Gabenor Sarikei. Pengaruhnya kuat sehingga ke kawasan Melanau di Sungai Rejang.

1852
Pertelingkahan antara Pangiran Arshad dan Pangiran Matusin (Sepupu) berkenaan penguasaan laluan eksport sagu dan kawasan pengeluarannya di Mukah. Menyaksikan pembunuhan Pangiran Matusin & perang saudara

1858
Pemerintahan Rajah Charles Brooke campur tangan dengan alasan menyelesaikan konflik di Mukah. Seterusnya cuba mengambil alih Mukah dari Kerajaan Brunei. Pengambilalihan ditentang oleh Sharif Masahor

25 Jun 1859
Atas perancangan Sharif Masahor, dengan diketuai oleh dua pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Selakai penduduk tempatan menyerang kubu Charles Brooke (bawah jagaan Hendry Steel) di Kanowit. Charles Fox dan Hendry Steel terbunuh dalam pertempuran

1860
Setelah percubaan untuk menyerang Charles Brooke di Kuching gagal, Sharif Masahor bergabung dengan Pangiran Nipa (anak Pengiran Arshad) di Mukah

31 Jul 1860
Charles Brooke menyerang Mukah

1861
Sharif Masahor ditumpaskan (di Igan?) dan dibuang negeri ke Singapura

1 Jul 1861
Mukah jatuh ke tangan Charles Brooke. Juga bermakna Mukah telah menjadi sebahagian daripada pemerintahan rajah Sarawak.

11 Ogos 1861
Bintulu diserahkan kepada Charles Brooke. Bermakna satu lagi kawasan penempatan Melanau menyertai pemerintahan Rajah Sarawak.

29 Nov 1868
Kubu di Mukah ditawan oleh banduan

1870
Kampung Sekaan Matu diasas oleh Orang Kaya Selair (Melanau). Beliau merupakan pembesar yang dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Matu.
(Nota: Ada pertindihan/konflik dgn tarikh penguasaan kesultanan Brunei ;  Slps tahun 1861, tiada lagi kuasa pentadbiran brunei di sini.)

1872
Satu satunya rumah panjang Melanau yang masih wujud sehingga kini dibina di Kampung Suk, Matu

1879
Chinese Temple (juga dikenali sebagai “Tai Sha Ting Tua Poh Kong”) dibina oleh immigrant dari China. Bangunan tersebut terletak di tebing Sungai Batang Mukah

1888
Rumah kedai di Dalat dibina
(sumber: Lisan)

1903
Sekolah Rendah Secret Heart, Dalat dibina/ditubuhkan
(source: Lisan)

1905
SMK St Patrick Mukah ditubuhkan

1930an
Padang Sg Ud dibina oleh Lumih

[sumber: Lisan]

1935
En Alex Ekok, Ketua Kampung Tanam, Dalat membuat permohonan untuk pembinaan sebuah sekolah rendah di Kampung Tanam.

1 Nov 1940
Sekolah Rendah Kampung Tanam, Dalat siap dibina dan mula menerima 60 pelajar pertama

1945
Sekolah St Micheal ditubuhkan di Tellian Ulu, Mukah. Bangunan sekolah ini menumpang disebahagaian bangunan Gereja St Anthony.

1947
Majlis Daerah Mukah dan Dalat mula berkuatkuasa

1952
Sekolah St Micheal diambil oleh Majlis Daerah Mukah dan namanya ditukar kepada Sekolah Rendah Kampung Tellian, Mukah

1959
Sekolah Rendah Kampung Tellian, Mukah berpindah ke bangunan baru (bangunan papan, atap rumbia dan hanya mempunyai 3 buah kelas – dibina secara gotong royong)

1959
Sekolah Rendah Secret Heart di Dalat ditukar kepada nama Sekolah Rendah Bantuan St Bernard
(Source: Lisan)

1960
Mengikut bancian kaum Melanau di Sarawak berjumlah 44,661 orang

1960an
Industri songket (songket Rajang) dimulakan di Kampung Rajang.

1963
Banjir besar Dalat

16 Sept 1963
Sarawak berserta Sabah, Malaya dan Singapura membentuk Malaysia
(Source: Sarawak Gov Almanac)

1968
Banjir Besar sekali lagi melanda Dalat
(Source: Lisan)

7 Jul 1970
Abd Rahman Yakub dilantik menjadi ketua menteri Sarawak ke3. Menjadikan beliau sebagai anak Melanau pertama menjadi orang nombor satu di Sarawak

1970an
Jalan Ladang (berkualiti rendah) di antara Matadeng (Mukah) & Selangau dibina. Tujuan asalnya adalah untuk pengangkutan hasil kelapa sawit. Berberapa tahun kemudian jalan ini menjadi semakin penting kerana turut menjadi satu satunya laluan darat dari Mukah (dan berberapa penempatan utama kaum Melanau di sekitarnya)l ke Bintulu dan Sibu/Kuching.

2 Apr 1973
Majlis Daerah Matu-Daro ditubuhkan, di bawah pentadbiran Bahagian Ke Enam (Sarikei)

13 Mar 1974
Pembukaan sekolah menengah di Matu

29 Okt 1978
Datuk Hj Salleh Japaruddin merasmikan sekolah menengah pertama di Dalat, SMK Dalat

1980
Bancian penduduk menunjukan penduduk Melanau berjumlah 69,578 org
(Source: encyclopedia of world culture)

1980
Pembinaan SMK Belawai dimulakan di atas tapak tanah seluas 46.35 ekar di Belawai

26 Mar 1981
Abd Taib Mahmud dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ke 4. Juga merupakan anak Melanau kelahiran Miri

1983
SMK Belawai siap dibina dan dirasmikan oleh Datuk Sulaiman Daud. Menerima pelajar perintis seramai 276 orang.

26 Mar 1984
Perasmian Sekolah Menengah Kerajaan Toh Puan Datin Patinggi Hajjah Normah di Daro

1980an
Jalanraya Oya – Dalat siap. Menyaksikan buat pertama kalinya Dalat – Mukah dihubung melalui jalan darat dan masa perjalanan di antara kedua pusat penempatan Melanau tersebut menjadi lebih 100% lebih singkat.

1987
Jalan raya Dalat – Medong siap. Dengan ini juga, jalan raya telah dihubungkan ke kawasan paling selatan penempatan utama Melanau

1987
Matu dijadikan sebuah Daerah kecil dalam Daerah Daro

1988
Dewan Suarah Mukah siap dibina dan dirasmikan pada Bulan Julai

6 Aug 1990
Simposium Sagu di Kuching (4 Hari)

8 Ogos 1990
Matu dinaiktaraf menjadi sebuah daerah

25 Julai 1991 (update)
Kebakaran besar di Dalat. Dalam kejadian yang berlaku di awal pagi (kira kira 3 pagi) sebahagian besar daripada Rumah kedai di Pekan Dalat musnah. Walaubagaimana pun secara hikmahnya, kebakaran ini memulakan era baru struktur rumah kedai di pekan dalat.

[sumber: Lisan]

19 Sept 1991
Perasmian kompleks perikanan di Mukah

1992
Menurut Bancian tahun 1992, kaum Melanau telah mencatatkan kadar kelahiran di antara yang paling tinggi. Kaum melanau diaggarkan berjumlah 96,000 orang

17 Sept 1993
Pembukaan stesen janakuasa Mukah

11 Okt 1993
Jalan raya menghubungkan Igan dan Matu mula dibina

26 Mac 1994
Pembinaan Masjid Besar Mukah dan Kompleks Pejabat Mukah (Menara Pehin Sri) dimulakan.

26 Mac 1994
Servis ferri di Kuala Oya memulakan operasi

26 Mac 1994
Persiaran ‘Setia Raja Boulevard’ di Mukah siap dan dirasmikan

28 Feb 1995
Pembinaan Masjid Besar Mukah siap

26 Apr 1998
Majlis Aftafura dirasmikan di Mukah

1998
Persatuan Anaq Vaiee ditubuhkan di Bintulu

8 Jun 1999
Wisma Melanau dibuka di Bandaraya Kuching

2000
Mengikut laporan Banci, penduduk Melanau di seluruh Sarawak adalah berjumlah 112,900 orang iaitu mewakili hanya 5.6% daripada penduduk Sarawak.

(source: general report of the population and housing concensus)

Nota: Menurut laman wikipedia, ada kajian persendirian mencatatkan data bahawa jumlah sebenar adalah sekitar 500,000 orang. Perkahwinan campur dengan kaum kaum lain di serata Malaysia menyebabkan sejumlah Melanau (lebih ketara ke atas anak anak hasil perkahwinan tersebut) telah kehilangan identiti dan diserapkan ke kaum yang lebih dominan.

2000
Kebakaran besar rumah kedai di Mukah. Satu Blok rumah kedai musnah

1 Mac 2002
Mukah diisytiharkan sebagai Bahagian kesepuluh dalam Sarawak. Bermulanya pertumbuhan pesat dan tersusun bagi Mukah dan kawasan kawasan pentadbirannya.

1 Mac 2002
Majlis Daerah Matu dan Daro diserahkan kepada pentadbiran Bahagian Mukah

2 Mei 2002
Kawasan Kawasan Tanjung Manis, Belawai, Rejang, Jerijeh dan Paloh (asalnya di bawah pentadbiran Daerah Sarikei) diserahakan kepada Majlis Daerah Matu Daro

2 Mei 2002
Kawasan kawasan Passin, Sawai, Muara Lassa, Singat, Lengan, Rasau, Bungan dan Sg Pinang (asalnya dibawah pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu) diserahkan kepada Majlis Daerah Matu Daro

8 Nov 2002
Kawasan Semah, Tanjung Singat, Kg Penasu, Kg Serdeng, Sg Bekakong, Kg Semop dan Kg Sedau (asalnya di bawah pentadbiran Majlis Daerah Maradong) diserahkan kepada Majlis Daerah Matu Daro.
Nota: Dengan penyerahan kawasan kawasan berkenaan, maka dilihat sebagai Bahagian Mukah merupakan Bahagian Melanau.

2003
Hospital pertama di Dalat siap dibina

Jun 2005
Karnival Balau (Rumbia) mula dijadikan acara dwitahunan di Dalat (secara berselang dengan acara Regatta Dalat). Karnival ini juga menjadi pemangkin mempromosikan produk produk berasaskan rumbia. Rumbia begitu sinonim dengan Masyarakat Melanau

19 Mei 2006 (update)
Majlis Pecahtanah Naiktaraf Simpang Mukah ( Mateding) ke Selangau oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

[Sumber: Laman web Rasmi Residen Bahagian Mukah; Arkib]

24 Jan 2007
Jalan raya yang menghubungkan Matu – Igan – Oya siap. Perhubungan darat secara lansung di antara penempatan utama Melanau hampir semua telah terjalin

2008
Sri Ritma Borneo, sebuah kelab seni kebudayaan Melanau ditubuhkan di Mukah. Pengerusi & Pengurus Kelab adalah Jasmin Tahirin Smith

Nov 2008 (UPDATE!!)
Kelideng/Jerunai Dalat sekali lagi dipindahkan dari perkarangan Bangunan Pejabat Daerah Dalat ke Taman Poket Dalat. Tempat asal Kelideng/Jerunei ini adalah dari Kampung Tengah Seberang Dalat.

[Sumber: Lisan]

18 Feb 2009
Kebakaran besar rumah kedai kedua di Mukah. Menyaksikan 5 unit terakhir rumah kedai papan asal Bandar Mukah musnah.

Oktober 2009 (Update)
Jambatan Dalat yang menghubungkan kawasan Barat Daya Dalat (Kg Brunei, Sg Kut dan kawasan lain di seberang Sungai Batang Oya) siap. Jambatan penting ini kemudian dinamakan sebagai Jambatan Temenggong Win

17 April 2010
The Igan Facebook Club dilancarkan oleh Datuk Wahab Dolah di Kampung Tian, Igan

21 Jun 2010
MRSM Mukah dibuka dan mula menerima pelajar pelajar perintis. Menjadi MRSM ketiga yang beroperasi di Sarawak

July 2010
Waterfront Dalat siap. Menjadi pelengkap kepada perubahan drastik landscape & imej pekan Dalat dalam masa kurang dari 10 tahun.

16 Julai 2010
Domain MelanauCommunity.com telah didaftar secara rasmi dengan pendaftar domain. Sebagai di antara medium info dan platform perkongsian maklumat serta diskusi Masyarakat Melanau di dunia Internet. MelanauCommunity.com juga disokong oleh Group page Facebook

25 Julai 2010
Penasihat Persatuan Melanau Miri (PMM) YB Aidan Wing (Juga ADUN Lampir) melancarkan Facebook PMM sempena hari Keluarga PMM di bangunan PMM di Miri.
[Url: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000732195442]

September 2010
Perjumpaan 5 jurufoto (di ketuai oleh saudara Naising) di Dalat telah mencetuskan idea untuk menubuhkan Melanau Dalat Photo Club (Kemudian dikenali sebagai Dalat Photography Club - DPC)
[Source: DPC Facebook Group Page]

Disember 2010
Tarikh akhir penyiapan kerja kerja penaiktarafan jalanraya Matadeng (Mukah) – Selangau. Satu satunya JALANRAYA yang menghubungi atau jalan masuk/keluar ke keseluruhan penempatan Melanau dengan semua bahagian di Sarawak.
Nota: Tarikh ini kemundiannya di lanjutkan.

27 Disember 2010
AJK Protem Persatuan Komuniti Melanau Dalat (PKMD) ditubuhkan dalam satu perjumpaan sekumpulah ahli ‘group page’ facebook Melanau Community.

Mac 2011
Kerja kerja menaiktaraf jalanraya Matadeng (Mukah) – Selangau siap sepenuhnya. Dijangka akan menjadi diantara agen penting kepada kepesatan pembangunan ekonomi Mukah dan kawasan sekitarnya.

26 Feb 2012 (update)
Pertubuhan Kebajikan Kpg. Tengah/Hilir/Seberang Dalat ditubuhkan dengan pelantikan jawatan kuasa penaja. Antara objektif awal penubuhan Pertubuhan ini adalah mengurus dan meyelaraskan bantuan setiwi penduduk kampung berkenaan.



Disclaimer: Fakta fakta dalam artikel ini diperolehi daripada pelbagai sumber. Dikumpul untuk 'rujukan ringan & bacaan' oleh org yang bukan dalam bidang berkenaan (sejarah). Ini adalah bukan kajian ilmiah.

Hasil sumbanagan 
http://www.facebook.com/karem.yakub
dalam http://www.facebook.com/groups/matudaro/

No comments:

Post a Comment