Matu dan Daro

Matu dan Daro
Peta dan lain2

About Me

My photo
Blog hasil sumbangan dan idea semua member2 fb Syafaat Daro, Staf S.K Pangtray, Abdul Razak Judin, Aru Wan, Encik Reza, Rofiza Mushairi, Fatimah Ani, Genks Jawak, Nek Usu Ayang,Ji Zull, Lurve Papa Chayunkz Kow, Azieah Mahdi, Soo Jee, SaiKo Sai, Orish Nemo, Nalza Nalz, Foo Eightt, Hajijah Dikoh, Canai Dao-eh, Encik Pocong dan lain2 yg belum sempat nak isikan namanya di sini.

Followers

Wednesday, 25 January 2012

Sejarah Daro , Matu dan kampung di kawasan Matu Daro

Setaket eh. radan Daro mak udah nuan. Nyabik tulong melo pinyang samah keman an asel radan kampung melo. Adak mey ubang eh telo pinyang. nah miyau mak sejarah dun.

SEJARAH RADAN DARO 
Mengikut org tua2. Daro pada asalnya bernama "Daruk" yang membawa maksud Lumpur. Bila tertubuhnya Daro. Tak pasti. dan cerita2 lain ttg Daro. InsyaAllah akan di cari. Jom sama2 kita mencungkil sejarah tpt kita sendiri. Sebelum hilang lenyap.

18.05.2011

Cerita 1

Mengikut cerita org tua2
Penah satu masa dahulu pada tahun 1511 org berunai datang beramai2 ke Daro. Mungkin pada masa itu tertubuhnya Daro. Belum pasti kesahihannya.  (Kan dulu Sarawak adalah jajahan Berunai sebelum diserahkan pada James Brook) Bila Sarawak di serah pada Orang Putih. Jadi mereka datang ke Daro dan bertanyakan nama tempat. Org tempatan menyatakan tempat ini bernama Daruk. Oleh kerana Pemerintah Inggeris. jadi ditulisnya Daro. al maklum. Pelat org putih ni lain sikit.  Jadi sampai sekarang Tempat kita dinamakan Daro.

19.05.2011

Cerita 2

Thanks Soo Jee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.

Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.

Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran.

Dua cerita berbeza ttg sajarah nama Daro. Kita perlu kaji yg manakah yg betul.


Cerita 3

rujuk dalam blog di bawah.


1 April 1974 ialah hari bersejarah bagi setiap penduduk Daerah Daro dan pada hari itulah Daro tercatat menjadi sebuah daerah penuh di bawah tadbiran Bahagian Sarikei. Upacara perasmiannya telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang ke-3 ( Tun Abdul Rahman Yakub).

Ramai di antara generasi masa kini, terutama sekali orang luar tertanya-tanya mengenai asal usul Daro. Memandangkan daripada kemajuan Daerah Daro kini dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunannya yang begitu pesat sekali maka tidak hairanlah kalau ramai yang ingin tahu mengenai Daro.

Buat menjelaskan kesangsian orang ramai terhadap daerah ini, maka disini saya (penulis) cuba ceritakan sedikit sebanyak kisah Daro, mengikut kadar sejauh mana yang diketahui berpandukan temuramah dengan orang yang terdahulu.

Menurut sumber daripada cerita mulut orang tua-tua bahawa nama Daro ini adalah bersempena daripada sebuah danau yang ditemui oleh pemburu di zaman dahulu.

Mengikut dialek bangsa Melanau bahawa perkataan danau itu bermaksud daru’. Terjemahan daripada perkataan danau mengisahkan nama tempat ini dipanggil Daru’. Jadi orang dahulu menyebut DARU’ sebagai nama asal tempat ini, bukan Daro.

Tidak jauh dari hulu sungai Daro terdapat suatu kawasan tanah lapang dan di situ lah lokasi sebuah danau yang mewujudkan nama Daro.Dan Danau itu berbentuk luas serta dalam.Air yang bertakung di dalamnya sangat jernih.

Kisah seterusnya apabila air di dalam danau itu tadi melimpah penuh dan didapati airnya meleleh keluar serta menghala ke arah yang tertentu.Si pemburu siapa yang menemui danau itu tadi telah memerhati ke mana arah air itu berlelehan dan terus disusulinya hinggalah sampai ke sebatang sungai,iaitu sungai Daro sekarang.Alusan air daripada danau yang menghala ke sungai Daro itu kini di panggil Parit Tebu.

Dan cerita nama Daro belum pasti lagi.Adalah satu-satunya sebab terbentuk nama satu-satu tempat yang termaktub itu timbul daripada peristiwa yang berlaku di kawasan setempat.Contohnya perkataan Daru jadi Daro,ada kisah nya sendiri.

Maka tersebutlah satu cerita bagaimana nama Daro boleh muncul dan sekarang terkenal sebagai Daerah Daro.Suatu masa dahulu,Daro bermula dengan sebuah kampung yang kecil.Mereka mula-mula tinggal di satu kawasan yang bernama Tanjung Tigah,iaitu di zaman kesultanan Brunei yang diketuai oleh seorang yang temasyhur bergelar Panglima Laun bin Ajak.Beliau adalah pemimpin Daro yang pertama.(Di hujung sebelah hulu Tanjung Tigah sehinga hari ini masih terdapat serumpun Pokok Nipah(apong) yang berlainan daripada daun pokok nipah biasa.Daun-daunnya yang lurus ke atas hampir sama dengan daun pokok mulong. Tanjung Tigah adalah sempena dengan nipah yang berdaun lurus(Tigah),selain daripada bentuk sungai di situ lurus sepanjang kira-kira lebih kurang dua kilometer).

Setelah beberapa lama mereka tinggal di Tanjung Tigah dimana kawasan ini mudah sangat dikesan oleh musuh,kemudian lalu mereka berpindah jauh lagi ke hulu sungai Daro, ke satu kawasan yang mereka anggap lebih selamat, tempat itu sekarang di kenali dengan nama sungei Pangei.

Dilokasi Sungei Pangei ini mereka terpaksa membina rumah-rumah berbentuk seperti rumah panjang serta lebih tinggi sedikit.Tiap-tiap sebuah rumah menggunakan Tangga sebatang kayu,kononnya dengan Tangga seperti ini mudah bagi mereka menentang musuh jika diserang.

Zaman dahulu selalu berlaku musuh-memusuh di antara satu tempat dengan yang lain.Seperti yang dijangka selepas beberapa musim mereka tinggal di sungei pangei datanglah sekumpulan musuh menyerang mereka.Mujurlah dalam peristiwa tersebut mereka telah berjaya menewas musuh dengan mudah.Di sungei pangei ada kisah tersendiri nama dan musuhnya.Ketika keadaan telah aman sedikit ketua mereka telah pun uzur dan tiada lagi pemimpin yang layak boleh diharapkan.Keluarga demi keluarga telah berpindah ketempat lain dari sungei pangei.
Zaman kesultanan Brunei telah berlalu,sebahagian dari negeri Sarawak,di bawah pemerintahan kelurga Brooke.Permusuhan di sana sini telah berkurangan,ada di antara keluarga asal Daerah Daro telah berpecah serta berhijrah di sepanjang sungei Daro hingga ke Tian.Dan ada juga kesekitar kawasan Daro,Seperti kampung Pantrey,kg Tengah,Lemang Pek,ke hilir kg.Nangar ke seberang Kut dan Saei.Ke hulu kg.Teba’ang,Buko dan Kelian.

Ada juga yang tinggal di Sungei Pangei telah berpindah ke hilir Kuala Daro dengan membuka perkampungan baru yang di ketuai Gamong bin Masaleh,beliaulah Tua kg yang kedua selepas Laun.Ramai juga yang datang dari persisiran Daro mendiri rumah di kawasan baru itu dan ada juga dari sebelah Segalang.Kawasan perkampungan baru ini telah di panggil dengan nama”kampong Baru”.Kampung ini lah kampung yang pertama sekali dihuni oleh penduduk Daerah Daro dan ianya masih sebagai Kampung Baru hingga ke hari ini,walaupun usianya mungkin menjangkau lebih ke-abad yang lalu.

Pertengahan abad ke-18 di zaman keluarga Rajah Brooke banyak perubahan telah berlaku.Ada di antaranya satu peristiwa bagaimana perkataan DARU’ menjadi DARO.Ikutilah serangkap syair ini membayangkan;

Daripada danau nama bermula,
Nama Daru’ di ubah eja;
Kepada Daro bertukar kata,
Muncul kisahnya dalam peristiwa.


SEJARAH NGADAN MATO

ASAL-USUL NAMA MATU
Nama “Matu” sebenarnya sebutan Melayu. Dalam dialek tempatan, “Matu” disebut sebagai Matau atau Mato. Nama Matu atau Matau diangkat daripada satu perkataan Melanau khususnya Melanau Matu yang merujuk kepada nama sebuah pokok yang terdapat di Matu. Pokok ini mempunyai banyak bunga tetapi tidak mengeluarkan buah dan dikenali sebagai pokok Matau. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak dipenuhi oleh pokok Matau sekaligus menyebabkan kawasan ini dikenali sebagai Matau atau Matu. Nama Matu juga dikatakan diambil bersempena dengan nama sebuah sungai iaitu Sungai Mato yang bertempat di kampung Sok.



Sejarah Pentadbiran


Matu telah diisytiharkan sebagai Daerah penuh (ke 28) pada 5 Mei 1991 di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Sebelum itu, Matu merupakan Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Daro. 

Setelah Mukah diisytiharkan menjadi sebuah Bahagian pada 1 Mac 2002, pentadbiran Daerah Matu telah dipindahkan ke Pentadbiran Bahagian Mukah bersama-sama dengan Daerah Mukah, Daerah Dalat dan Daerah Daro. 


Daerah Matu mempunyai kawasan seluas 667.28 km. persegi yang meliputi Daerah Kecil Igan, iaitu satu-satunya Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Matu. Kawasan pentadbiran Daerah Matu meliputi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang sekitar Pekan Matu, Igan sehinggalah ke kawasan  Bungan, Sawai, Batang Lassa dan Sungai Passin, yang dahulunya di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.

Utk maklumat terperinci deng ngah laman wep eh (http://www.matudo.sarawak.gov.my/latarbelakang%20daerah.html)

SEJARAH KAMPUNG JEMORENG MATU

Menurut cerita sejarah, Kampung Jemoreng pada suatu ketika dahulu terletak di tebing Sungai Jemoreng di seberang kampung yang ada sekarang. Sejak dari dahulu sudah terdapat dua buah perkampungan kaum Melanau di sini dikenali dengan nama Jemoreng dan Sok. Pada zaman itu kaum Melanau masih berumah panjang seperti kaum bumiputera yang lain. Asal kampung Jemoreng merupakan sebuah rumah panjang kaum Melanau yang dibina dengan tiang yang tinggi, bertujuan untuk menggelakkan daripada serangan musuh.
Pada masa itu ketua kaum Melanau ialah seorang perempuan bernama Sergunim yang sangat berpengaruh di kalangan penduduk di situ. Namun adik lelaki Sergunim berkeinginan menjadi ketua sehingga berlaku perebutan kuasa antara kedua adik-beradik itu. Akibatnya,    Sergunim dibunuh oleh orang-orang adiknya sendiri.
Hingga ke hari ini kubur Sergunim masih lagi dapat dikunjungi. Kuburnya terletak tidak jauh dari tebing Sungai Jemoreng. Terdapat peninggalan bekas tiang rumah Kaum Melanau pada masa dahulu yang dikenali sebagai “Tiang Benitih” (berukir). Tidak jauh dari situ juga terletak sebuah telaga lama tetapi masih berisi air. Telaga tersebut dinamakan Telaga Penawar oleh penduduk-penduduk Kampung Jemoreng kerana penduduk percaya airnya boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kepercayaan itu diceritakan oleh Haji Junid Hamid yang juga Ketua Kampung Jemoreng Hilir. 


SEJARAH RADAN KAMPUNG TIAN MATU

Menurut sejarah, pembukaan Kampung Tian diasas oleh seorang rakyat British yang dikenali sebagai Canal Achmen. Beliau merupakan orang pertama yang menerokai kawasan ini dan membina terusan sebagai jalan perhubung ketika itu.  Canal membina terusan itu setelah melihat arus sungai mengalir ke dua kawasan yang berlainan iaitu  ke Daro dan ke Matu.
Pada masa itu, pembinaan terusan ini dilakukan dengan menggunakan tenaga kerja penduduk kawasan itu.  Arus yang mengalir ke arah yang berbeza ini telah mewujudkan sebuah perkampungan.
Maka dengan itu, wujudlah sebuah penempatan yang diberi nama Kampung Tian. Di percayai,  Tian mendapat nama  dari Sungai Tian yang mengalir dengan bersih, sejuk, nyaman dan segar. .  Sungai yang wujud ini berfungsi sebagai penghubung  kepada penduduk kampung untuk ke Daro dan ke Matu atau ke kampung-kampung yang berdekatan. Sehingga ke hari ini, sungai ini masih dimanfaatkan sebagai  penghubung kepada penduduk tempatan walaupun kampung ini telah menerima kemudahan jalan raya.


SEJARAH RADAN KAMPUNG BETANAK DARO

Mengikut cerita orang-orang dahulu, Kampung Betanak telah dibuka oleh beberapa orang petani yang tinggal di kawasan sawah padi berhampiran dengan kawasan sungai. Menyedari mereka perlu mempunyai kediaman tetap, maka petani-petani ini pun berpindah ke tempat lain yang tidak jauh dari kawasan sawah lalu membuka penempatan baru yang diberi nama Betanak. Pada dasarnya, penduduk-penduduk kampung kurang mengetahui asal sebenar nama Kampung Betanak. Bagaimanapun, Betanak dikatakan berasal dari perkataan ‘tanak’ yang membawa maksud kawasan tanah. Lokasi kampung ini menghadap Laut China Selatan manakala pekan yang terdekat dengannya ialah Daro iaitu kira-kira 60 kilometer. Mengikut catatan Pusat Kesihatan Kampung Betanak, penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah lebih 2,000 orang. Seperti Kampung Jamoreng, Kampung Sekaan, Betanak juga mula menerima sedikit demi sedikit pembangunan walaupun ia hanya sebuah perkampungan nelayan.

Monday, 19 September 2011

Kamus Bahasa Melanau Matu Daro



Perkataan mula daripada huruf A

Abah = permukaan
abak = hilir
Aber = mengheret
Abey = Petang / Dengan
adah = aduh
Adai = Tempat
Adak = Cuba
Adeq = cium
Adep = japah 
adeng @ menyadeng = menghadang\
adeng = bara api
adun=sambil lewa@mlambat2kan sesuatu pkerjaan
Agan = penapis tepung
Agem=Tangan
Agin @ pakol = bekas tpt minum diperbuat dpd besi
Agong @ kenarah = mangkuk lauk
Ajai = Rantai
Ajuk = menunjukkan arah @ tempat.
Ajuq = batu api
Akah @ Ikah = Jika 
Akah = ranting kayu
Akat = Angkat
Akaq = sejenis penyakit kulit
Akol = kola baju
Alang = kayu yg di letak pada bumbung rumah
Akut = sebut
alap = Ambil
Alah = Umpama
Alek = bodoh
alid @ munyeng. = menyapukan cecair
alo = biawak
Aloi = Kunjung
Along = lubang dubur
Amah = Bapa
Amau= Atas
Anah @ ateng = benar
Anak = anak
Anum = air
Anik = walaupun
Anyin = kumpulan
Apah = seseorang
Apen = Ambil
Apeng = buak jagong agik imit
Apit = ketupat / sesuatu yg berada di tengah-tengah
Apoi = Api
Arat = garisan
Aret = akrab
Aroh = Jalan
asag = memberhentikan
asak = mengasah
Asem = asam
Aseng = Perasaan
Aseg = pakaian
Asid = mengasah
Aso = anjing
Asoh = suruh
Asoi = bawa
Asuk = Papan
Asup = memberitahu
atai = hati
atak = melagakan sesuatu benda
Atang = pelampung jaring
Ateng = benar
Atap = antara
Atel = menyelit kan sesuatu
atep = penyepit
Atup = kutip
Awer = Merujuk kepada arah
Awes = cepat
Ayeng = Besar
Ayit = Bawa
Anyin = kumpulan
Ayong = pening2 lalat

Perkataan mula daripada huruf  B

babat = alat tpt meletak sesuatu yg hendak di keringkan
Baboi = babi
badak = suruh
badok = cempedak
Badik=bodoh
baem = ikan yu
bagah = kaku
bah=belah
bais = alatan pertukangan
Balai = kadang kala
Balaw = pokok rumbia
Bak = mulut
bakong = sejenis tumbuhan yg gatal
banus = terus
balek = menterbalikkan
bas = selepas
basong = sejenis kuih
bat = lantai
batah = banyak
batang=kayu besar wang sunga
baten=rupa@gaya
Baq = akan / guna @ pakai
Balak = pisang
bagap  = terngaga
Bagong = angsa
bai @ pebai = kain yg dililit pada pinggang dan celah kangkang bagi menggantikan seluar dalam @ pakaian teridisi kaum iban.
Bajo = baju
Baken = bekas tpt menyimpan barang (padi, beras @ sebagainya.
Bakong = sejenis tumbuhan
balo=ibu tunggal
Bana = Tanda lahir
banger=telur busuk
Banus = terus
Baset = kalah dalam pertaruhan
Basil = sikit
batik=patah
Batut = pondan
baw = atas
Bayah = buaya
Bayoh = bomoh
bebajah = sesumpah
bebel = bebal
bebelet=mlakukan kerja yg pelik2@merbahaya
Bebelu=pelangi
beberau=lari 
Beberey = beringin
Bebukah = tidak keruan
bebuley = kocakkan air
bebuyah = kupu-kupu
bed = ikat
Bedakah = sejenis hantu
bedalo = bergaduh
Badurok = bergotong royong
Bedus = rakus
begagah / begagong = duduk mencangkong
begu = memarahi
bejik = sakit
bek = beg
bekito = meronta-ronta
Bekarong = mengkarung
bekurong = sejenis ikan
bekawang = Pinggang
Bekenyar = menyala
Bekurek = katak
Belabau = tikus
Belabey = labi2
belang = dahi
belakes = belangkas
belalan = batas
belek = baring
beleng = belang
Beliun = satu sumpahan
beluna = bertutur menggunakan bahasa lain pada org yg sama bangsa dan bahasa
benato = menantu
benawan / belaweng = pintu
beng = tuang
belangah = tepat membuat sagu dan makanan tradisi lain seperti tegup dsb
belasen = belacan
Beley = beli
belukuk=benjo
belum = hanya sesuai utk acara pemujaan @ perantara antara bomoh dgn hantu yg di pelihara
belaken = besar
Benakan = puntianak
benerong = sejienis tumbuhan yg tumbuh di tepi sungai. berbentuk panjang
Benong = sedang
Benyo = kapur
berasah = lebih dari cukup
Beraie = rindu
Beras = biji / beras 
Beribik = serpihan tembikar
Bertaie = berak
Betukah = usus
Berangau = jari
Barei = rindu
berut = tekak
besay =  besi / parang
Besayak = percaya
besisiew = sejenis burung
Besoh = kenyang
Bet = dimarahi / memarahi
Betis = kaki
Berangau = jari 
Berong = bubu
Benerong = sejenis tumbuhan yg tumbuh tepi sungai
benyoh = kelapa
beq = mencedok air menggunakan gayung
bik @ joh. = pemberian/ memberi/diberi
Bikut=penjuru
Bilem = hitam
bilun = kapal terbang
Biseng = suka makan di rumah orang
bit = mebersihkan punggung dgn kertas tanpa memggunakan air
bitis = melagakan kaki semasa bermain bola
bitoh = berperang
Bok = Rambut
bong = ikan lumba2 @ memotong sesuatu dgn menggunakan parang @ kapak
buak=buah
Budo = ikan masin
buis = menyelongkar
bujat = sakit merah mata 
bujol = bibir
bukang=bangka
buko = keladi
bukong = bongkok
Bukut = tumbuk
Bulang = tengkolok
Buleng = papan tempat memotong sayur/ ikan @ daging
Bulo = bulu / warna
bun=bau
Bungun = sejenis penyakit
bup=buku
busus = mercun yg tak berbuny
but = alatan utk menapis / menjemur / menyimpan brg
buut = nafas
buluk = buluh
Bungang = infiniti @ tidak terkira
bungas = angin kuat
butah=belakang
buyak=kena
Buyen = tak tahu apa yg nak di buat
Buyo = ketam
buyun=kumbang

Perkataan mula daripada huruf C

can = kekasih
Cincai = membuat kerja sebarangan
Cok = kapur / kerayon / pewarna
cong = menipu
cuak = takut

Perkataan mula daripada huruf D

Dadang = kulit terbakar kerana cahaya matahari
dadit = pendek
Dao = bagus / baik
Danah = lama /
daneh = lama
dang = salai
Dar = lantai
dawek = sebelah
Daren = sedang
daq = memanaskan
demel = dingin
deng = tengok
dipen = hamba
doh = aaaaa
Dut = cabut
Duket = melekatkan
Dien = dian @ lili
Dis = cd / vcd
Danah =

Perkataan mula daripada huruf E

Eh = ini
En = Melakukan
Es = Sampah

Perkataan mula daripada huruf F

belum jumpa setakat ini


Perkataan mula daripada huruf G

Gaat = gatal
Gadar=jernih@transparent
Gadong = hijau
Ga'et=menyalakan ssuatu cth api @ lampu
Gagah = bosan / 
Gagam = meraba
Gagey = kuat @ gagah
Gagok = kemaluan yang kembang (untuk lelaki sahaja) 
Gagong = spesis udang
Gaguk = ragu-ragu / kurang yakin / kekok
Gah = lembing
Gak = titi
Gal = memukul sesuatu seperti gendang.
Galang=tikam
Gelituk = salah urat.
Galoh = gedik
Galut = gaul
Gam / gugam / gigam =ajak / mengajak / diajak
Gamit = mencuit
Gemurok = menoreh getah
Gan = di mana
Ganyat=gatal
Ganyeng = mengangkat kain
Gatong = Gantung
Gayong = Cebok
Gaw = jerami
Gawang = jarang
Gegaes = Keadaan Badan Yang Tdak Selesa akibat peluh atau pnat.
Gegalai = penampakkan yg jelas nyata
Gegudi = layang2
Gegulut = Kerja Sorang2 Tanpa Menghirau Orang Lain
Gegerit =  burung pipit
Geguang = gonggok
Gegian = barang
Geh / gih = sini
Gel = mendesak
Geles = gelas
gelebet = culvert (pembentung)
Gelem = ketawa / sejenis pokok yang kulitnya digunakan untuk menampal perahu.
Geligey = sejenis tumbuhan yg berduri
Gelubeq = alat pertukangan
Geluntung = sukar melahirkan anak
gemepen=mengemas
Gemeting =  memetik gitar
Gemireq = mencari barang2 lama di dalam kubur lama
Gerinyang = bergerak2
genarit / genaris = digaris
Generugak = diceroboh
generup = dibentuk kumpulan
geng = kawan
genirik = di sukai
Genox = sejenis buah yg kulitnya boleh dijadikan timba
Gemaroh = Pakaian Yang Di Kenakan Terlalu Besar daripada Anggota Badan
Gep = segak
gepen / genepen = susun / disusun
Gera'am = dagu
gerajey = berduri
Gerawang = jarang hanya untuk benda
gerenjang = bakul tempat ikan
gereteq = jambatan
geringau = tidak seimbang
garut = garu
gerutuk = tidak rata
gerugak = siput tumpang
Gerumut = cacar
get = gigitan
Gerutuk = permukaan kasar dan berbintik2
Getuk / gituk / gutuk = putus / diputuskan / memutuskan
Gigel = mendesak / sejenis serangga
gituk = memutuskan
gin = hak milik
Giweng / guyut = menggoncang
gu = saudara @ keluarga
gudeng=kata panggilan manja utk memanggil seseorang
Gugoh / gamugoh = tapis / manapis serbuk
Guk / Giguk = ketuk / mengetuk kepala
gulak= tersungkur
gulong = bulat
gunjeng = spesis ikan laut
gurah = sejenis buah yg biasa hanyut di dalam sungai
Gureq = Mengoncang
Gurang = mencuci ssuatu hnya dgn mgunakan air
Guseng / giweng = goyang
Gusok / gemusok = gosok / menggosok
gutas=melintas
guun = hutan
 Guwem = angta badan di bawah perut.
Gegemak=bjalan dgn tlalu lmbat

Perkataan mula daripada huruf H

Hap = berkongsi / pasing (utk rokok @ minuman dan makanan yg sedikit dikongsikan)
Hel = perkara
Heng = hayal
her = lambat


Perkataan mula daripada huruf I

Ibai = beli
Ibak - Bawah
Ibet = Buang
Ibeq = Sejenis Ikan
Ibong = sjenis ikan masin
Igem = dengan
igik=ambil / bawa
ijoh = meluruskan kaki
Ileng = juling
Ikah = Kalau
Ikang = buka
Ikeng = Tangan Tidak Menepati Sasaran
Ikak = Bawah Kelengkang Kaki
Iker = menipu.@ tak adil
ikoi = ekor
Ilau = juling
ilep = silap / lalai
imit = kecil
Inang = kemarau
Inah = ibu
Inak = ibu
Inaq = Simpan
Inoi = menyimpan buah sehingga masak
Inok = Selimut
Ipak = Mengawasi Sesuatu
Ipo = Datuk/Nenek
ipuk = tuhan laut (kepercayaan org Melanau yg tak ada agama.
irip=heret
Irok = Koyak
Isak = Padan Muka
Isam = Masakan
Iseng = Cincin
iseng = hingus
Iseq = asma / penyakit lelah
isoh = selalu / banyak
itir = sebut
Iteq = geletek
Itin = kuantiti tali untuk membuat jala
itit = itik
Itut = buayan
Itong = Hitung / Kira
Itoq = hairan / bertanya berkali-kali


Perkataan mula daripada huruf J

jaak / jemaak = menegur
jabik = cili
jaet = jahat
jaey = mungkin
jait / jemait = jahit / menjahit
jajah = jual
jalak = jala
jalik = tikar
jaluk = pinggan
janak = adik beradik
jang = ?
jangey = degil
jaong = satu
japah=solo
japan = hampir2
jat = menjalar / jat ketawak (sarang labah2)
jatuk = jatoh
jau = jalar
jauk = jauh
jawak = comel
jawai = muka
jawaq = satu sahaja
je = se ( imbuhan untuk satu). jeminggu = seminggu
jeb / jijeb = bakar / dibakar
jebah = sebelah
jebelah= sehelai
jebak = sependapat
jebib / jejebib = keadaan bibir org yg hendak menagis / menunjukkan perotes
jeg = cecah
jegem=bersama
jejamik = hati2
jejekeq = terbahak-bahak
jejunam = tiba2 datang
jejutup = melakukan sesuatu dgn cepat 
jejuut=menarik muka masam
jek= mengintip
jekali = sekali
jekap=sekeping
Jelak = lidah
Jekeq = 
jelait = sejenis lalang
jelatong / jungah = jamban
jelau = sehari
jelaq = lapar
jaluk=pinggan
jem = jam
jemanak = budak-budak
jemelai=bujang 
jemesai = bederai / tidak tersusun
jemir=cepat merajuk
jeno=berapa
jerak = insaf
jeratus=seratus
jeragan=pemandu
jeregen = satu kumpulan
jertiteh = berderai
jerulub = awet muda
jeruren = kebulur
jiak=baik
jingah = meninjau / menjenguk
jepapar = sekejap
jipo=sepupu
jipo janak- 1st cousin
jipo duah kali = second cousin
juang  = hulur
juk = kuah
juk asuk = nasi bubur
juk leng=air liur
jungat / jingat =kunjung / ziarah / mengunjung / dikunjungi 
juq = cucuk
ju'uk = mengambil sesuatu yg tinggi.
ju'ut = muka yg menunjukkan protes
joh = memberi
jong = berdiri menggunakan hujung kaki / perangkap haiwan

Perkataan mula daripada huruf K

kabak=ke hilir
kabeng = galah
kabet = tutup / almari tpt menyimpan makanan
kabut = punggung/burit
kabo = sebok
kabo kalo = sibuk
kaong / kekaong = jerit / menjerit-jerit
kak / kikak = letak / meletak / menceraikai
kajih = menghabiskan
Kajuk = ke hulu
kakal = besar
kakan = pinggan mangkuk
kalah = laut
kaleh = kalah
Kales = Pink/Merah Jambu
Kaley=kuali
Kalut = Nyenyak
kamau = ke atas
kemepah = menganggu
kanah = bahasa
kanan = tempayan
kanen / kun  = makan
kang = buka / salak
kanyer = menakutkan
kaper = mengutip dgn bilangan yg banyak
kaput = tutup
karem = karam
Karong= tempat meletak barang seperti beg plastik dan lain2
katah = lama
kapal = tebal
kaper = sampah dalam sungai
kepik=bantal
Kapir = Kafir
Kaq = daki
kar / ikar = hampar / menghampar
Kayong = Hantu dari mayat yg bangkit semula 
karuk = burung tiong
keridak = terjaga sekejap dr tidur
kas = menebas
Kasa=kaca
Kaseng = Kacang
kaso = ganggu
kasoh-kiroh = ke ulur ke hilir
Katel=katil
kaw = alat utk membalak
ketep = pngacip / titis
kayas = di lintasi mahluk halus
kayo = kayu / pokok
kawer = menunjukkan arah
kebub = selimut tebal
kedan = tercekik tulang
Kedau=tempat
Keden=Sebak @ Menangis teresak-esak
kedong = alang2 
kejapau = berjalan tanpa arah tujuan yg tertentu
kejiwat=cacing
kejubet = gedik
kejong = perangkap haiwan
kekaet=sejenis daun
kekajo = jentik2
kekalap = samar2
kekasak = sejenis burung
kekedip = keadaan yg menyeramkan
Kekelat=petir
kekeras = bunyi seperti plastik
kekiwet = menggerak-gerakkan kali
kekubut = bergerak2 seperti ulat
kekunub = diselubungi kain
Kela'an / Keluan = Saiz
kelabo = kelabu
kelalah = malas
kelawit = sejenis tumbuhan
kelayan = kebiasaan
kelemayah = tidak terurus
kelejubet / kejubet = gedik yg teramat sgt
kelepit / keredut = bekedut
Kelum=mata sepet
kelutoh = udang kering (yg masih ada kulit)
kelibik = sumbing
kelijah = tiba-tiba
Keman = makan
kemurak = nama sejenis ikan
Kenah=boleh/dapat
kenaan = mendapat
kenaar=tempat org zaman dulu membasuh baju ditepi sungai, selalu di buat dari kayu belian
kenarah = mangkuk / dimarahi
kenerutey = melakukan @ membaiki
Kenilew=tidak disukai (sesuai utk pasangan)
kenyat = biji buah dabai
keparet = kata kesat 
kep = menutup / menangkap
kepeng = tidak berhati perut
kerjet = tekejut
ketong = saiz
keranau = gedik
Kerapo = Ikan Kerapu / sejenis rumput yg dibuat ulam
Kerapuk= kiambang
Kerem=tergeliat
Keren=Dahaga
kerepeh = tahi hidung / kulit kering atas luka
kerenyey / kerejet = terkejut
keresah = tidak pandai menjaga barang dgn baik
Keretep = Popcorn Versi Beras/Padi
keridak = terjaga sekejap dr tidur
Keris=ada bnda yg dirajuk (pkataan asal= meris)
keriwah = cacing dalam perut
keriyas=nyamok
kerong = cengkong
keronong = sejenis alat muzik
keruin = sejenis bahan untuk menampal perah
kerubong = penutup
kerukeq = kapcai
kerukup = cengkerang / buah yg dah berserabut
kerut = 
kesah = perangai budak2 yg suka selongkar barang
Kesao / belesao = semut api
Keseng = Memendek kan Leher / memampatkan sesuatu
ketut=celah kangkang seluar
keh / kih / kilek = sini
Kejah / rusah = kerja
kibak=ke bawah
kidun=kesana
kiler = mengalah
Killew = jeling
Kilit = Juling
Kilong=Gantung
kilut = gantung
Kinah / kikun =di makan
Kinan=Kesana
kipar / ipar = keseberang / seberang
kiraw / nyunyah = sudip
Kitang = spesis ikan
Kitel=cerek
Kiteng = Sejenis Ikan @ Pekerja Buruh Di Whaf Ekspress
kitep = meronta
Ko = aku/saya
koi = keropok
kor = korek
kubah = macam mana
kubo = pondok
kudak = alatan untuk pembalakkan
Kuden=periuk
kudip = kehidupan
kujem = mengucup
kulat / kenulat = kulat / berkulat
Kulum = Sejenis Hantu Syaitan Yang Berbadan Kerdil
kulup = mengulung benda yg bersaiz kecil sahaja 
kulong = mengulung sesuatu yg bersaiz besar seperti tikar
kumang = umang-2
kumer = lumut
Kungan=tujuan
kunyak = kunyah
kunyam / kenunyam= rasa / dirasa
Kuruk=Menjelirkan Lidah
kurut = 
kut / kukut = gali / mengali
kutat = jongkang-jongket
Kuteq=kotak
katik = pendek
kuto = kutu
kutor=kotor
Kuyak = Biskut Tradisi Kaum Melanau Matu/ Daro
kulong = mengulung sesuatu yg bersaiz besar seperti tikar
kulup = mengulung benda yg bersaiz kecil sahaja  / belum berkhatan
kunu=kuno
kuroi = penyakit kulit
Kusi=kunci/kuaci
Katik=pendek
kuel = kuis @ menggerakkan barang tanpa mengangkat
kuto = kutu
kutut = pendek. ubat kutut = penisilin
kuut / kemu'ut = memeluk
kuyat = monyet

Perkataan mula daripada huruf L

labik = tiba
Ladin = pisau kecil
lagong = mancung
lahanet = satu sumpahan
lai = lelaki
laip = paha
lak = belagak
lakau = jalan
lakey = tua
lalad = ulas
lalas = hampir botak
laleng = bujang tua
Lale'ng = rumput
lalo = panjang
laloh = terlebih
lalong = jantan
lalun = jalan raya
lamak = 
lamus = hampir botak
lapit = lapik / alas
las = malu-malu kucing
lasang = tidak melakukan seperti yg disuruh / tidak kuat
lasuk = panas
lat = telad / sial
lati = sebati
latik= tebing sungai
latub = timbul
Lau = siang / hari 
lawak = satu sumpahan
Lawey = hujong
layak = bosan
Layuk = layu / tidak bermaya
lebuk = rumah
lebus = tidak melekat
legit = benci
lekey = lenguh / letih lekey
lekup = bunyi letupan
lekus = melecur
lelanyeh = mengada2
lelanyong = telanjang bulat
lelaub = putih gebu
lelaweng = pening / gayat
leleq = letih
lelesub = sangat timbul
leliong = 
leliwes = putting beliung lelued / kekiwed = bergerak2 lemang = alang2 anak sungai
lemeq = lembik
leng= selera
lengah= bijan
lengat = malas
lengennyo = kebas
lengidet = situasi yang tidak selesa / rimas
lepong = mula
leput = pengsan
lesong = lesung
lesut = empuk
lian = waktu
libah = tiba2
Libau = biarkan
Libeng =  tenawan wak menakap anak imit
lijah = jakun
lik / lulik  = main / mempermainkan
likau = bulu kening
likeng = pisang salai
liko = tiada agama
lilah =tidak sabar /  bosan
lak / lilak = telentang / ditelentangkan
laq / lilaq = sombong @ membelah / khas untuk ikan
lileh = mengalir
limah = lima
limut = luar batasan
Linah = selamba
lingah = telinga
lingeh = toleh
lingep=mendung
Linges = sunyi sepi
linong = lalai
liseng = tepi
lisuk =  tinggalkan
Litoh = guntur
liyah= halia
Lo / lulo / lilo = tunggu / ditunggu / menunggu
lo'oi = telan
lok = bilit
long = sejenis ikan masin
luat = mula sakit
lugak = tidak tegap @ mudah bergoncang
lugit = hampir2 jatuh
lujak = ludah
luk = mahu
luko = badan rasa macam nak demam
luler = terlodeh
luloq = asus jatuh ke bawah
lumug = mudah terjatuh (untuk manusia sahaja)
lumut = lumut
Lunan = lantai perahu
luneng = bertaburan
lugep = angguk
lungoh = cair
lungun = keranda
lupeq / lipeq = melipat / membengkokkan
lupoh / lipoh = merendam dengan air panas
Lupong = terlebih penuh
luri = lori
lus = longgar
lusit = tiba2 menjelma
lusut = timbul
lutak = mempermainkan
lutaq = membuka  
Lutong = lotong

Perkataan mula daripada huruf M

makau = jalan
males / kelalah / lengat = malas
maley = pantang
mang = sejenis haiwan yg mcm kala
Mangong = perasan
Manok = burung
mapek = lumpuh
mapey = byk cakap
mapo = 
marak = sedang
matun / patun = menanam / tanam
may = tak
medut = takut
Melah = perg
melo = kamui
menak= buat
mengapang = gila
merap = sesat
meris = merajuk
merito = mengamok
mero = perempuan
mersun = mercun
mesei = memancing
miak = malu
miaw = hilang
mikah = geli
miseng = demam
mubel = bisu
mubik = memberi
mudak = muda
mudey / pudey / pemudey =  tipu / menipu/ penipu
mujok teluas = anak dara sunti
mulik = balik
muneng = tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan / tidak pandai makan sesuatu makanan
munong = sejenis haiwan
mupo = bakar (kahs untuk perbuatan di tempat bercucuk tanam)
mupok = mencuci pakaian / beredar

Nuan gak wak komen melo dun mey kata akar. perkataan berimbuhan me, mu & ma. buyak idulah ko mey menyisik wang dokumen eh. 
contoh dun
perkataan berimbuhan                    kata akar
musuk                                                         usuk
mupok                                                         pok
maloi                                                           aloi
menuweng                                                  tuweng
menyisik                                                      sisik



Perkataan mula daripada huruf N

Nae = perut
Nai = Pasir
naken = anak buah
namau = lumpur
nasik = nasi
nelus = keguguran
nem = enam
ngadan = nama
ngaw = kucing
Nin = tadi
Nuan = ada
nunok = pokok ru
nupey = mimpi
nyabong = depan
nyadin = jadi
nyanyun = terlebih
nyaru = panahan petir
nyerapek = tergesa2
nyerin = bunyi yg kuat
nyip = gusi
Nyipen = gigi
Nyiren = gembira menyambut kedatangan seseorang
nyuk = minyak
nyut = pijak  


Huruf n wang seng perkataan kanah telo. Sebahagian dun adalah imbuhan wak menunjukkan perbuatan. 
Contoh dun

perkataan berimbuhan                    kata akar
Nasoi                                                            Asoi
Namat                                                          Amat
Nasid                                                            Asid
Nurey                                                           uray


Perkataan mula daripada huruf O

Oi = hey
Ok = tuwep = burung hantu
ong = yang
oping = osom


Perkataan mula daripada huruf P

paai = ikan pari
paboh / turun = berenang
padak = cukup
pado = belayar
padong = bumbung
padu / penadu = rupa2nya / dijodohkan
paid = singgah
pais = ikan dibakar dalam daun
pait = lap
pajoh = baham (makan dengan gelojoh)
pakuk = paku
palah = pedas
palang = palang
paley = pantang
palik = luka
paloi = bodoh
pama =  terlalu
pamuk = berulam
pan = umpan
panau = panau
pang  = letak di atas
panyug =  tumit
paong = bitik pada kulit di sebab gigitan nyamuk
papas / penapas = takik / di takik
papit = kembar
parau = perkataan sumpahan
parep = melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
parit = parit / longkang
parong = kata sumpahan
parug = tercucuk
pasau = lalu @ melintas
pasi = bertindak melulu
pasong = ikat
patang = telentang
pateh = biasa
patun = tanam
pau = ugut
paub = berawan
pawah = rindu
payah = para
payau = rusa
pedes = sakit
pedik = masin
pedug / pedeg = terantuk @ tersentuh
peg / mupeg = ketip / mengetip
pegah = tejaga
pekak = bercerai
pekep = jatuh tertungkup
pel / pepel = sumbat / tersumbat
pelabet=terlintas
pelah = pendayung
pelaya = sejenis alat pertukangan
pelak = terlentang
pelayeng = 
pelekah = tempat membuang sampah pada lantai rumah papan
peleko = baring bersisi gaya lengkok udang kerana tidak sehat
pelepet = kelip2
peliang = tidak hormat org dewasa
PELIK = MAIN
pelingus = buat mcm tak tahu bila di panggil
pelipan = lipan
pelipeh = lipas
pelis = selalu nya panggilan untuk bekas yang ada tutup atau botol yang saiz keci
peliyang = biadap
pasit / penasit = sembur/  disembur
pengamo = hantu
penganen = ular sawa
pengar =  tidak berkata benar @ bergurau
penginger = hampir2 pekak
pengo = menyampu rambut
penyamak = 
penyanyey = suami isteri
penyuk = penyu / berminyak
peq / pepeq = hempas / terhempas
per / piper / muper = pukul / dipukul / memukul
perais = hadiah
perawak = 
pereg = bergaduh
peri = percuma
perit = anak ikan terubok
pernaken = peranakkan (darah campur ) @ mix
peruk / peperuk =
pesak = menyanyi
pesit = picit
PESUT = belon / sesuatu yg berwarna putih dalam perut ikan
pidan = bila
pik = pekasam
piked = batuk
pikir = fikir
pil = gagal / ubat berupa tablet @ kapsul
pilik = pilih
pinang = pokok pinang
pingah = bekalan
pipus = 
pirat = 
PISAM = MEMASAK
piseng = nanas
pisit = menetas
pistus = asbestos
pisut = tonggek
pit / pipit = tanggal / menanggalkan
pitad = rindu / berkeinginan
pitang = kirim
pito =
piut = menarik perahu
PIYANG = MENCARI
piyap = panggil
po = hama
pok = mencuci sesuatu yg dari jenis kain sahaja
pong = cukur
por = memetik pubong = main pondok2
pudey / pemudey = tipu / menipu
puey = manja
puk / pipuk = sarang @ letak / bersarang @ meletakkan
pukep = tunduk
pukit = poket
pulis = polis
PUMET = makan tanpa nasi
punik = kepunan
pupo = sesuatu yg dibakar (khas untuk rumput, kayu @ sampah)
puput = sejenis ikan
puq = tunggul
puro = penyakit cacar
puset = pusat
pusuk = ikan bilis
put=selalu nya panggilan untuk tin yang saiz kecil
putik = putih
pu'un = pangkal
puyan = dapur 

Kanah Melanau Matu Daro Mula keman Huruf Q

Meybey wai 

Kanah Melanau Matu Daro Mula keman Huruf R

Rabeng = rongak
Rabes = jambu batu
Radeng = bangkit
Raes = sampah
Ragem = genggam
Rakak = pelahap
rabus = boros
Ram = sayur minin
Ramah = ketam kecil
Raman = hanyut
Rang / rurang / rirang / perang = jemur / menjemur / dijemur / berjemur
Rangas = kekurangan daun / rambut
Ranyat = gedik
ranyat = tergedik2
Rapak = terkapai-kapai
Rapang = gelojoh
Rapas = hampir2
Rapeh = rapat
Rapus = lebih tinggi dr diri sendiri
Rarau = berjalan2 tanpa tujuan
Ras / ruras / riras = tinggal / tingalkan / ditinggalkan
Rasun = racun
Ratai = rantai
Raut = Raut
Rawa = alat untuk menapis tepung
Reben = sumbing
Rebus = rebus
Redak = bangkrap yang amat sangat
Reg / rureg = serbu / menyerbu
Regah / beregah = harga / berharga
Regau = tinggi
Remai = hancur
Renah = duduk diam
Renat = renggang
Reng = kayu yg dah dibelah kecil.
reng / rureng = kerumun / mengerumuni
rep = mengerumuni sesuatu dgn cara kasar
rued = simptom perubahan pada bayi
rerutub = bunyi yang berulang2
rebah = bau minyak yg sudah lama
rong = sangkar
rug = kedepan tanpa berfikir panjang
ruget = ragut
rus = hala
rurus = gugur
rang = membiarkan sesuatu dalam panas Hujan lebat 
rabes = jambu batu
rau = melalui kawasan semak
Repeq / rupeq  = penyek / memenyekkan
Repet = sempat
Res = sampah
Ret / ruret = ketat / mengetatkan
Reteq = kacang panjang
Rimau  = harimau
Ringo = sebuk
Rinyah = gatal
Ripang = lubang pada dasar perahu, tempat membuang air
Ripeg = tidak berhati2
Rong = sangkar
Rubeng = koyak
Rubus = bocor
Rugi = rugi
Rugik = betik
Rujik / tubas  = berkurangan
Rujis = pisau kecil
Rujut = cabut
Rukuk = rokok
Rumak = luka yg dah bernanah
rungus / rurus = gugur
Runyep = pelita yg dah tak ada minyak
Rupeng = koyak untuk benda yang keras
Rupit = terputus
Rupong =
Ruroh / riroh = roboh / dirobohkan
Rusip = sejenis makanan (macam budu)
Rutit = menyebuk


Beberapa perkataan dr huruf lain masih dalam proses mengumpul. :)